BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 21 Februari 2016

Tentang Kita.

Kita?? Aku masih ingat waktu mula2 aku jumpa kau dulu.Perasaan menyampah,benci dan seangkatan dengannya semua ada.Dengan muka kau yang agak berlagak dan sombong itu.Haha.Tapi aku lupakan.Yang kita serupa.Aku pulak jenis yang susah nak  senyum pada orang.Cuma pada mereka yang aku kenal dan rapat. Kali kedua kau datang ke tempat kerja aku,tanpa sedar kau mula merasa untuk kenal dengan aku.Tapi tak tahu macam mana caranya.Lama juga kau simpan perasaan itu,dari tahun 2014..Sedangkan aku masa itu tetap bencikan kau.haha..So funny! Awal tahun 2016,baru kau mula berani minta tolong dengan seorang akak ditempat kerja kau.Untuk dapatkan maklumat tentang aku.Ingat tak?? Kak Rozie jadi orang tengah antara kita.Kau cuma minta nama Facebook aku je.Selepas itu semua kau handle sendiri.Aku pun tak tahu macam mana boleh setuju untuk kenal kau juga.Sedangkan aku selalu kutuk kau dengan ecah..haha.


08/01/2016..Ingat tak tarikh nie..Hik3..Mestilah kau ingat kan..Sebab kau yang ingatkn aku.Aku langsong tak ambil port.Sebab aku pernah terluka,dan kau sendiri pun tahu..Tarikh nie la kita mula kenal rapat.Mula untuk kenal hati budi masing2.Kau cakap masa nie kau dah mula ada hati kat aku.Kau dah mula rasa sayang dan cinta pada aku.Sedangkan waktu itu perasaan aku pada kau kosong.Susah nak percaya lagi.Tapi tanpa sedar,kejujuran,sifat kau,cara kau layan aku dan cara kau ambil berat tentang aku buat aku mula jatuh hati pada kau.Tapi sebab ego aku terlalu tinggi,aku sorok perasaan aku pada kau.Sampai la ada ketika itu kau tanya aku.. auch!! Malu nak mengaku perasaan itu.. Sebab aku rasa aku tak akan jatuh hati dengan kau,dengan hati aku yang pernah terluka nie..Tapi sebab usaha kau..Kau berjaya tambat hati aku..Bukan dengan apa2..Cuma perhatian dan cara kau buat aku jatuh hati dengan kau..Betul lah orang tua2 cakap..Jangan terlalu benci,nanti akan bertukar pada sayang..Kata kau kita tak perlu bercinta.cukup kita berkawan.Sampai masa nanti kau datang melamar aku..Tak perlu bertunang.Kita teruskan pada yang wajib..Aku selalu cakap kat kau,aku takut kau tinggal aku..Tapi kau selalu pesan pada aku..Jangan lupa tiap kali solat,doa..Minta pada Dia...Permudahkan segalanya..Yup!! Itu yang aku selalu minta..Aku cuma harap apa yang kita rancangkan jadi kenyataan..


0 comments: